15 Niat Membaca Al Quran
Terjumpa nota ini dalam simpanan.... tak ingat lak bila... ******************************************************************************** Berkongsi catatan kuliah ustazah Norhafizah Musa minggu ini. 😊 ****15 Niat Membaca Al Quran***** gambar ihsan google Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Dengan itu, untuk mendapatkan kehebatan amal, mestilah dengan niat yang hebat hebat. Sebelum membaca Quran, ambillah sedikit masa untuk memperhalusi niat kita atau berdoa untuk mendapatkan apa yang kita niatkan ini. Berniat sebelum membaca Quran dengan pelbagai niat ini akan jauh memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atau ganjaran dari sisi Allah Azza Wajalla. 💙1. Niat untuk mendapat syafa'at al-Quran yang bermaksud al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dengan izin Allah kepada kita dan membantu kita esok di hari yang kita susah nanti. Nabi Muhammad saw bersabda: “Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pad...