Posts

Showing posts from July, 2010

Thanks sayang ;)

malam td sakit kepala... a very throbbing headache... bila tunduk rasa anak mata nak terkeluar... lepas solat maghrib dah tumbang... ckp dgn hubby... "tak larat lah nak masak dinner" hubby "takpe ... nanti abg masak bubur nasi" agak ragu2 sket sbb masakan hubby biasanya adalah maggi, burger, nugget... so bila hubby berjaya masak bubur nasi, rasa sungguh  terharu..siap ada ikan bilis goreng + ikan masin thanks sayang :)

..:: anecdote 5 ::..

while waiting for dinner at a restaurant, aiman was busy flipping through Discovery magazine and he was 'reading' an article of high tech gadgets for gaming and he said... aiman: nanti bila aiman dah besar, dah kerja dgn jet, masa anak aiman umur 9 tahun, aiman nak bagi dia main game ni lah... hubby and me mmg tergelak besar... hubby: aiman pun belum 9 tahun lagi... then masa nak balik, dlm kereta... erina: ayah dah kahwin dgn ibu duduk sebelah2 dlm kereta aiman: mcm tu aiman kahwin dgn erina lah me: eh, mana boleh...aiman dgn erina kan adik beradik, tak leh kahwin hubby: aiman kena cari org lain lah nak kahwin aiman: ooo macam tu aiman nak cari perempuan yg seksi lah again, hubby and me dah tergelak hubby: ishk apsal lak nak cari perempuan seksi... tak yah lah aiman: okey... macam tu aiman nak kahwin dgn perempuan tudung merah lah :)) he really make my day :)

..:: Ibu makan jamu antara punca bayi hidap jaundis ::..

(another info sharing session) KEINGINAN untuk cepat kurus, cantik, segar dan mengembalikan ‘keperawanan’ membuatkan ibu tidak sabar-sabar mengambil pelbagai jenis jamu sebaik saja bersalin. Bukan salah, tetapi perlu anda ketahui mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O. Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Apollo TTDI, Dr Sharifah Khatijah Syed Hassan, berkata ada banyak faktor meningkatkan risiko bayi berhadapan dengan penyakit kuning. Walaupun penyakit kuning dialami 60 peratus bayi matang dan 80 peratus bayi pramatang tetapi beberapa faktor termasuk pengambilan jamu dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran meningkatkan lagi risiko bayi mendapat penyakit kuning. “Memang normal untuk bayi yang baru dilahirkan mendapat penyakit kuning. Bagaimanapun kadangkala sakit kuning boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan jika tidak dirawat boleh membawa

..:: nursery vs maid vs babysitter vs jaga sendiri ::..

baru2 ni ramai diantara kwn2 saya yg tertanya2 atau menjd ragu2 dgn pilihan2 yg ada utk menjaga anak... of coz lah bila dah jd working mom takleh nak jaga sendiri anak di rumah... then terpaksa lah hidup@redha dgn pilihan yg lain2... kalau tak redha, hati sendiri yg asyik susah terkenang2... kalau laki izinkan boleh lah nak bg notice 24hours utk jg anak... saya sendiri mmg teringin nak jaga anak sendiri... tp saya kena bagi can hubby berbakti pd family dia dan saya juga ingin memberi sedikit kesenangan to my parents... so working mom is not an option anymore, dah jd wajib... hehe... dulu2 ayat penyedap ati (time2 takde mood nak bekerja) saya bekerja utk membayar balik duit kerajaan sbb tanggung saya belajar diasrama bertahun2, mkn 'kfc' di asrama (highlight hari kamis), mkn yg 6 kali sehari yg membuatkan saya agak 'bulat' hehehe ... eh melalut dah... jd nye, bila dah jd working mom, kenalah bg anak dijaga oleh org2 lain... saya tak ambik maid sbb rasa kurang bossy, kang

..:: Tips mendapat bayi yg mesra dan tenang ::..

(another info sharing session) Bakal ibu yang mahukan anak mereka berjaya dalam menjalin hubungan mesra dengan orang lain dan mudah mendapat rakan perlu menghindarkan tekanan ketika hamil, menurut saintis. Pakar mendapati hormon yang dikeluarkan wanita hamil mempunyai kesan secara langsung terhadap kemampuan masa depan anak mereka untuk bergaul, berkomunikasi dan membina skil bahasa. Bakal ibu yang tertekan mengeluarkan lebih banyak hormon lelaki iaitu testosterone yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kekurangan skil komunikasi. Jadi, rahsia untuk mendapat anak yang lebih mudah mesra dan bergaul ialah tenang ketika hamil, kata penyelidik. Kesan tekanan ke atas bayi di dalam rahim sejak usianya seawal 13 minggu dikatakan begitu hebat sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat dalam mengembangkan skil bahasa, sukar menjalin hubungan dan lebih cenderung membangunkan tingkah laku keterlaluan. Lebih menakutkan, ia menunjukkan gejala autisme, masalah saraf yang digambarkan dengan kesuk

..:: Cara Didikan Warnai Dunia Anak ::..

(another info sharing session) Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan anda untuk memerhatikan mereka. 10 tip ini mungkin boleh memandu anda untuk merancang cara didikan kepada anak anda. 1. Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang anda berikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingat lebih jauh dari sangkaan anda. 2. Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai satu tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional. 3. Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini. 4. Janga

... anecdote 4 ... waka waka eh eh ...

hubby boleh lah dikategorikan sbg 'kaki sport'.. sport yg dia layan football (semestinya), f1, badminton, volleyball dan.... skrg dia sudah mempengaruhi anak2 melayan sport (i have no objection) hari tu masa piala thomas, mmg kitorg beria2 lah menyokong malaysia depan tv, dan kechiwa dgn malaysia kalah skrg world cup fever, disbbkan rumah tiada astro jdnya terhad sket lah match yg boleh ditgk... tp setiap kali tgk memula skali aiman akan memilih pasukan mana yg dia nak sokong berdasarkan warna baju je... pastu berlagak kalau pasukan yg dia sokong masukkan goal... "kan aiman dah kata yg merah tu terer, kan dah goal" pastu rtm pun satu, kalau takde live diorg akan siarkan match tu pukul 5 pagi yg akan habis lebih kurang sebelum kul 7... so bila kitorg bangunkan aiman dlm 6.30 pg, kalau dia liat2 nak bangun... kitorg buka je tv, dia dgr je ada bola terus zzuuuppp bangun gi tengok tv :P ada sekali tu dia tanya "apsal malaysia tak main utk world cup?" hubby jwb &