I got the below from Whatsapp... may we can recite it many times during this holy month.... Ramadhan is a very good time to make du'a ------------------------------------------------------------------------------------------------- Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu Selepas solat witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita mendengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis agama ke fikir saya dalam hati. Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita semua. Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya; MUNAJAT RAMADHAN... Ya Allah.... Ya Rahman.... Ya Rahim.... Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah.... semoga Engkau sudi mendengar perminta...