15 Niat Membaca Al Quran

Terjumpa nota ini dalam simpanan.... tak ingat lak bila...


********************************************************************************
Berkongsi catatan kuliah ustazah Norhafizah Musa minggu ini. 😊

****15 Niat Membaca Al Quran*****
Image result for membaca alquran
gambar ihsan google


Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Dengan itu, untuk mendapatkan kehebatan amal, mestilah dengan niat yang hebat hebat. Sebelum membaca Quran, ambillah sedikit masa untuk memperhalusi niat kita atau berdoa untuk mendapatkan apa yang kita niatkan ini. Berniat sebelum membaca Quran dengan pelbagai niat ini akan jauh memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atau ganjaran dari sisi Allah Azza Wajalla.

💙1. Niat untuk mendapat syafa'at al-Quran yang bermaksud al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dengan izin Allah kepada kita dan membantu kita esok di hari yang kita susah nanti.

Nabi Muhammad saw bersabda: “Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)

💜2. Niat untuk menambah kebaikan. Boleh merasakan selagi mana kita membaca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti & kita akan membacanya dlm kudrat kemampuan kita.

Sabda Nabi Muhammad saw: “Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).

💚3. Niat keselamatan dari api neraka.

Sabda Nabi Muhammad saw "Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"

❤4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan" hati kita kembali menghidupkan hati dari ianya menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”

💗5. Niat untuk amalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaik-baiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini. Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.

Bersabda Rasulullah saw yang maksudnya: Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).

💛6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/penyembuh kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita iaitu jadi rawatan dengan izin Allah.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....."
(Al Isra' 17:82)

💔7. Untuk menenangkan hati yang gundah gulanah dengan membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"
(Ar-Ra'd 13:28)

💎8. Supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik-baik.

⚽9. Pengharapan menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna.
"Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
(Al Baqarah 2:2)

🎼10. Berharap untuk mati bersama al-Quran yakni berniat untuk hidup dan mati bersama Quran, hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.

Kata-kata Ibnu Kathir

🔦🔦🔦"Sesiapa hidup atas sesuatu (menghambakan diri akan sesuatu) biasanya dia akan mati disebabkan sesuatu itu dan dia dibangkitkan dengan sesuatu itu"🔦🔦🔦

"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah
apa yang mereka sangka itu."😌😌😌
(Al Jathiyah 45:21)

📖11. Menjadi penyebab keimanan kita meningkat. Kita harapkan bila iman kita bertingkat, ianya membawa kesempurnaan kepada kehidupan kita.
Org yg bahagia adalah orang yang yakin dengan benar-benar. Kebahagiannya dengan nikmat keimanan dan keyakinan. Dengan iman, kita boleh membuat keputusan yang mantap yang dipersetujui oleh Allah SWT.

"Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, "Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira"
(At Taubah 9:124)

💰12. Untuk kita kenal Allah SWT supaya menambahkan rasa kehinaan dan rasa kehambaan kita terhadap Allah SWT.


🔑13. Kurniaan besar/agung dari Allah Azza Wa Jalla untuk mengangkat kedudukan kita menjadi ahlul quran dan berharap seterusnya menjadi Ahlullah (ahli Allah).

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :“Sesungguhnya Allah memiliki ahli-ahli di kalangan manusia".
Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

🚴14. Sebesar-besar niat bila baca al-Quran untuk menyembah Allah & memperhambakan diri kepada Allah. Baca quran sebagai seorang hamba rasa seronok untuk baca ayat Allah. Niat ibadah.

✈15. Untuk mendapat kasih sayang Allah Aza Wajalla dengan membaca kalam Allah. Bila seseorang mendapat kecintaan Allah, Allah akan pimpin dan restui dan memberi petunjuk/hidayah kepada mereka dan dijauhi daripada perkara-perkara buruk dengan mudah. Untuk dapatkan kecintaan Allah antaranya menjadi intim dengan al-Quran.

Comments

Popular posts from this blog

MrA's Graduation

Dupdapdupdap part 1