resepi oreo brownies

dah lama sebenarnya nak post recipe ni tapi......... biasalah... anak dah 3 ni... masa utk diri sendiri dah kurang....

so begini lah resepi nya...

OREO BROWNIES
-- diambil dari http://resipicitarasawan.blogspot.com/

Bahan-bahannya:
                                              
165gm mentega (saya suka guna buttercup)
200gm coklat masakan dicincang (saya guna jenama nona, kalau nak senang, tak yah cincang, ketukkan je coklat masakan yg masih berbalut tu kat meja dari semua arah, sure patah2 kecik2 =dicincang)
3 biji telur
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla
100gm gula perang
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1/8 sudu teh garam (a pinch of salt)
152gm (1 paket kecil) biskut oreo
loyang 8"x8" dialas dan digris (bila dialas senang nak angkat bila dah masak)


Cara-caranya:
1- Panaskan oven pada suhu 180celcius
2- Pukul telur, kuning telur & esen vanilla hingga kembang. (Saya masukkan semua dlm mixer pastu buat step 3)
3- Cairkan mentega atas dapur, padamkan api dan masukkan coklat cincang. Kacau hingga coklat cair.
4- Masukkan  gula perang dan pukul hingga rata. Tuangkan coklat cair.
5- Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan setengah dari biskut oreo (together dgn krim2nya...barulah ummmpphhh). Gaul rata dan tuan ke dalam loyang.
6- Taburkan 12 keping tanpa krim (or lebih sesuka hati korang) diatas adunan. Tekan sedikit ke dalam adunan.
7- Bakar di rak tengah (kira api atas bawah) selama 25-30 minit. Atau sehingga bila dicucuk dgn lidi, lidi itu keluar bersih sahaja.
8- Biar betul-betul sejuk sebelum potong.
                                                      

Senang je kan... so semoga rajin membuatnya!!!




Oh ye, kalau nak yg murah sket boleh ganti oreo dgn biskut cookies cream tu (yg mcm oreo tp tak serupa). Tapi tak dapat lah rasa oreo dan namanya pun kena tukar lah...

Comments

Popular posts from this blog

MrA's Graduation

Dupdapdupdap part 1