sila bersopan di jalanraya dan juga meja buffet

ari tu gi kenduri kat rumah sedara, sampai2 je baru habis marhaban. so makcik2 marhaban ni pun berduyun2 lah beratur kat meja buffet yg kecik tu. kenduri kecik je so meja buffet pun kecik je. saya sbg tetamu vvip (perahsan sendiri) yg baru datang terus je beratur utk amik makanan gak... lapar dah sebenarnya ;)

depan saya ada 2 org makcik ( A & B) tengah nak amik nasi dan di blkg saya ada sorang lagi (C) turut sambung beratur. tetiba ada sorang makcik yg dah agak tua (lebih 60 tahun rasanya) (D) terus je potong queue. bukan potong queue pun, dia berdiri belakang si C tapi tangan terus amik nasi kira mcm tangan dia over the table lah nak amik nasi  tu... yg A & B dah tengah nak amik lauk, disbbkan meja buffet kecik so ada satu senduk je lah utk setiap lauk, dan org2 mmg amik dari satu side je

akan  tetapi makcik D ni boleh lak dia main amik je senduk tu from the other side of the table (kira dia takyah keliling meja, dia statik satu tempat je) dan amik lauk2 dia. saya dalam hati dah menyumpah dah...dah lah tak beratur.... tp try pujuk diri sendiri... mungkin makcik D ni  tak larat nak jln sgt so dia berdiri je lah situ... sedaya upaya nak berprasangka baik dgn makcik tu...

sekali tu, saya dah habis pusing meja buffet dan sampai ke tempat kuih, makcik D ni boleh lak cucuk popia goreng dgn jari dia pastu dia blah je.... dia tak amik pun popia tu.... owwhhh terus tak jadi nak amik popia itu.... kalau dia amik guna tangan utk ke pinggan dia takpe lagi, tapi ni dia rasa je dgn mencucuk jari ke popia tu..... sungguh unhygienic dan sungguh tak sopan di meja buffet....

ingatkan budak2 skrg je kurang manners, makcik dah tua kerepot tu pun sama :(

Comments

Popular posts from this blog

MrA's Graduation

Dupdapdupdap part 1