..:: kisah ramadan ini ::..

sebelum kedatangan (ishk skema lak...) ramadhan ini... adalah berasa sedikit excited keranaaaaa.... sudah boleh gi terawih kat masjid... dah 5 tahun ke 6 tahun tak pegi...
2004 heavily pregnant so mcm tak pegi (sebenarnya mcm tak ingat pegi ke tak)
2005 have baby aiman
2006 erina is in the house + a 1yr old boy
2007 aiman is 2 yr old and erina is 1 yr old
2008 aiman is 3 yr old and erina baru 2 yr old
2009 yey aiman dah tak pakai pampers tapi erina still in pampers aaaa...
2010 both dah besar, dah leh ikut arahan dan dah tak pakai pampers so so so bawalah 2 org ni bersolat terawih sekali sama2
aiman okeylah no prob, dia dah pandai ikut solat pun

akan tetapi erina.... ishk menguji kesabaran sungguh...
1st nite okeylah dia terkejut ramai org... so dia duk je kat sebelah and ckp pelan2, walaupun ada a few other kids yg asyik merayau2 nak mengacau org solat
2nd nite baru solat isyak dia tak ikut solat tapi bila org tgh sujud dia jerit 'allahuakbar'.. dalam hati dah membara dan dah rasa malu dah tp tgh solat tahan2 lagi... tgh rakaat ke-3 dia dah cakap nak kencing lah pulak... so lepas bagi salam terus bawa dia gi toilet... lepas tu baru nak terawih.. dia nak baring2 lak tanak gerak... dah sampai maksimum dah tahap kesabaran ibu dia ni... so terus tarik dia balik rumah... menangis2 lah dia tak dapat nak solat terawih (mcm lah dia solat sgt kan...)
3rd nite... dia dah pandai gi toilet surau tu sendiri... tapi sementara buat terawih yg 8 rakaat tu dia dah gi toilet 3 kali...dah gi kuar dr bangunan surau... aaa gerrraammmmnya.... kita yg tgh solat ni lah yg jd tak berapa khusyuk sbb sedar dia takde kat blkg kita pastu takde bunyi suara dia langsung.... terpaksa dgr betul2 bunyi tapak kaki dia je...

inilah jd seorang ibu... sentiasa risau keselamatan anak lebih2 lagi anak pompuan....

Comments

Popular posts from this blog

lamanya........

Being a lady

resepi oreo brownies