..:: ceritera train no 5 - oh so swweettt ::..

guruh berdentum dentam bagaikan gergasi2 sedang berlari2 mengejar satu sama lain... kilat yang sabung menyabung memberi sedikit sinar didalam kegelapan senja dimana awan2 kumolonimbus telah menutup segala sisa2 sinar matahari senja...teduhan yang besar juga tidak menjamin akan tahap kekeringan pakaian anda kerana angin yg bertiup kencang telah mengatasi bumbung2 besar itu...

ketakutan dan keterkejutan oleh guruh2 dan kilat2 itu....kesejukan dek kebasahan dari rintik2 hujan yang bertiupan...
sedang saya tekun menanti ketibaan yang tersayang...tibalah seorang apek yg dlm lingkungan umur 60 tahun menaiki sebuah motor kapcai lengkap dgn helmet biasa full face dan baju hujan beserta seluar hujan... seorang nyonya yg membawa payung terus menghampiri apek itu...

tapi apek suruh nyonya ke dalam sedikit supaya tidak terkena tempias hujan... lalu dia membuka baju hujannya dan menyuruh nyonya memakainya... sementara nyonya sedang memakai baju hujan itu, apek bergegas kembali ke motornya dan mengambil helmet utk nyonya... full face helmet yang kelihatan jauh lebih baru dan hebat, jenis yg mcm ada telinga kucing tu...
Shoei J-Wing Motorcycle Helmet

setelah nyonya bersiap, maka beredar lah apek dan nyonya meredah hujan yang semakin menggila lebatnya itu....

saya sungguh berasa terharu diatas kesungguhan apek itu utk memastikan nyonya selamat dan selesa walaupun diri dia sendiri kebasahan ...dan pada umur tersebut, keromantikan dia masih terserlah.... and it makes me wonder, will hubby be like that at that age??

Comments

Popular posts from this blog

MrA's Graduation

Dupdapdupdap part 1